KELANTAN - Wanita yang dipercayai mengelar leher bayinya yang berusia 2 bulan semalam mendakwa terdengar 'suara' yang menyuruhnya mengelar mangsa.Seorang rakan suspek bernama Lin, 32 berkata, beliau ada bertemu dengan wanita berkenaan di (HRPZII) sebelum suspek di bawa ke Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental.
Menurut Lin, pada pagi hari kejadian, suspek ada mengadu dalam group WhatsApp yang mengatakan anaknya batuk dan enggan menyusu badan dan tidak menyangka itu adalah perbualan terakhir rakannya itu sebelum dikejutkan dengan tragedi tersebut.Dalam kejadian jam 2.45 petang semalam, Nur Areesa Sofea maut selepas lehernya dikelar oleh ibunya sendiri dengan pisau pemotong sayur di kuarters tentera di Kok Lanas.
Jenazah mangsa telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jal Kechik, Tumpat.
No comments:
Post a Comment